Modulus Kekenyalan dan Pemalar Gandingan Elektron-Fonon Superkonduktor NdBa₂Cu3-xFexO₇- d

2026

Толық мәтін Ашық қол жеткізу: Gold Метадеректер (CSL-JSON)
DOI 10.17576/jsm-2026-5502-12
Деректер сенімділігі 70 орташа
Бұл баға қалай есептеледі

Ол жазбаның өзінің тексерілетін белгілерінен құралады: мақаланың DOI-і бар ма, оның деректерін қанша тәуелсіз дереккөз растады, міндетті өрістер толтырылған ба және соңғы растау қаншалықты жаңа. Дереккөздер арасындағы алшақтық пен идентификатордың болмауы бағаны төмендетеді. 80-нен бастап мән жазбаның қосымша тексерусіз жарияланғанын, 60-тан 79-ға дейін — оның сенімділігі төмен күйде жарияланғанын және қолмен тексеру ұсынылатынын білдіреді. Редактор қолмен тексерген жазбаны қайта есептеу 90-нан төмен түсірмейді. Бұл — мақаланың өзіне емес, ол туралы деректерімізге берілген баға.

Аңдатпа

Kaedah ultrasonik amat sensitif untuk mengesan peranan fonon dalam mekanisme superkonduktor. Dalam kajian ini, halaju bunyi bujur, vL dan ricih, vs bagi superkonduktor NdBa₂Cu₃-xFexO₇-δ dengan x = 0, 0.02 dan 0.05 telah diukur daripada 80 K hingga sekitar 220 K dan frekuensi 10 MHz. NdBa₂Cu₃O7 menunjukkan suhu genting mula, Tc-mula 93 K dan sampel x = 0.02 menunjukkan Tc-mula 58 K, manakala sampel x = 0.05 tidak menunjukkan sifat superkonduktor. Halaju bunyi bujur dan ricih meningkat secara monotonik apabila suhu diturunkan hingga ke 80 K. Suhu Debye, θD menurun apabila Fe didopkan ke dalam NdBa₂Cu₃O7. θD adalah 370 K bagi NdBa₂Cu₃O7 dan 314 K dan 265 K masing-masing bagi x = 0.02 dan 0.05. Ini menunjukkan pelembutan kekisi berlaku apabila sifat mensuperkonduksi bahan berkurangan. Pemalar gandingan elektron-fonon bagi superkonduktor NdBa₂Cu₃O₇ mengikut teori BCS tiga dimensi dalam had gandingan lemah ialah λBCS = 0.67, manakala dalam senario van Hove dua dimensi, λvH2 = 0.023. Bagi sampel x = 0.02, λBCS = 0.55 dan λvH2 = 0.020. Nilai λvH2 ini adalah selaras dengan nilai yang diukur dan dilaporkan dalam superkonduktor oleh penyelidik lain. Kajian ini menunjukkan bahawa gandingan elektron-fonon serta ketumpatan keadaan yang tidak terhingga pada aras Fermi seperti yang dicadangkan oleh model van Hove dua dimensi dapat menerangkan mekanisme superkonduktor suhu tinggi dalam NdBa₂Cu₃O7.